31 August 2010

Hampir RM 1 Juta Dinar Emas Kelantan Dijual

KOTA BAHARU, 1 Dis (Bernama) -- Emas Dinar Kelantan yang dilancarkan sejak 20 Sept lepas sehingga kini telah mencatatkan penjualan hampir RM1 juta, yang menurut kerajaan negeri merupakan satu keadaan yang sangat memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata dengan jualan sebanyak itu, sekali gus menolak tanggapan serong terhadap dinar yang diperkenalkan itu.

"Kita berasa gembira kerana sudah menjual lebih sembilan kilogram emas yang bernilai lebih RM900,000, dan ini satu perkembangan yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas majlis akad nikah pasangan pengantin yang menggunakan emas dinar itu sebagai mas kahwin, di Kampung Belukar, Pendek di sini, hari ini.






Pasangan Nurul Jalal Abdul Wahaib Mujahid dan Shuhaida Hanim Mohamed Sunahe yang diijabkabulkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ialah pasangan pengantin pertama di Kelantan yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin.

Nurul Jalal, 26, seorang guru agama menyerahkan 15 keping emas dinar yang berharga lebih RM5,000 kepada pasangannya yang juga berusia 26, seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pasangan pengantin itu turut dihadiahkan suku dinar yang bernilai kira-kira RM80, oleh kerajaan negeri yang sebelum ini mengumumkan akan memberikan hadiah itu kepada 10 pasangan pengantin pertama yang menggunakan dinar berkenaan.

Husam juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan seminar kebangsaan di Kuala Lumpur tahun depan, khusus untuk membincangkan isu emas dinar itu.

"Tahun depan juga sempena sambutan Keputeraan Sultan Kelantan, kerajaan negeri akan mengeluarkan emas dinar khas iaitu dua dinar," katanya.

Dinar emas yang dijual kepada umum kini dalam tiga timbangan iaitu seberat 1.06 gram (suku dinar), 2.12 gram (setengah dinar) dan 4.25 gram (satu dinar) dengan ketulenan emas sebanyak 91.7 peratus yang dijual mengikut harga emas semasa.

Sementara itu, Nurul Jalal ketika ditemui gembira kerana hasratnya mahu menggunakan dinar itu untuk perkahwinannya tertunai.

"Ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan merealisasikan hasrat kerajaan negeri dan saya rasa sangat gembira hari ini," katanya.

Dinar emas itu diedarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad yang boleh didapati di 10 rangkaian pajak gadai Islam ar-Rahn di Kelantan.

Kerajaan negeri menggalakkan penggunaan dinar itu sebagai simpanan, mas kahwin, bayaran zakat dan hadiah.



01 Disember, 2006 15:02 PM

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Montaj Dinar Emas Kelantan

Borang Perhubungan

Sila isi borang inI untuk sebarang perkhidmatan pihak First Generation Outlet Sdn. Bhd.

Your Name
Your Email Address
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF PHP Form