15 July 2012

Kaedah Memperkasakan Produk Syarikat Muslim

Berikut merupakan cadangan saya untuk meningkatkan lagi produk muslim di Malaysia:

1.Berpijak pada realiti, bukan fantasi! Gunakanlah faktor 'produk berkualiti, servis yang baik, produk yang diperlukan masyarakat' untuk menarik pelanggan dan bukanlah semata-mata sentimen 'produk lain tak syarie, produk kami untuk membantu ummah'. Masyarakat sekarang kalau datang solat Jumaat di masjid pun syukur alhamdulillah, ini kan pula bercakap tentang kepentingan ekonomi ummah!

2) Kurangkan persaingan produk! Kaedah ini bukanlah dengan cara mengurangkan lagi syarikat milik orang muslim, tetapi mantapkan lagi kaedah pengiklanan dan promosi syarikat, menambahkan mutu produk dan saling bekerjasama antara penggerak-penggerak produk. Sebagai contoh: produk Radix Cola HPA dahulu pernah mengalami masalah packing (harga runcit botol dinaikkan pembekal), jadi terpaksalah HPA 'membuat sendiri' botol tersebut (sumber : HPA Ipoh). Alangkah comel kita tiru kaedah perniagaan cina iaitu 'taawun' (tolong-menolong) dalam membekalkan botol, servis dan sebagainya.

3) Baiki 'anjakan paradigma' produk! Sungguh 'kasihan' melihat produk muslim hanya dilihat pada 'kismis, madu lebah, kayu koka, selipar nabi dan habbatus sauda'. Usahlah melihat peluang 'berdakwah melalui perniagaan' melalui produk seumpama itu. Saya memuji usaha HPA mewujudkan rangkaian restoran makan segera Radix Fried Chicken selain ramai lagi syarikat makanan milik peniaga muslim yang benar dalam memberikan perkhidmatan yang sangat berkualiti dan terbaik kepada pelanggan mereka. Janganlah jadikan produk buatan orang Islam ini faktor penjumudan pemikiran masyarakat 'itu produk muslim, ini bukan produk muslim'.

4) Kikislah ruang sempadan kaum produk muslim! Sangat menduka citakan 'bangsa' menjadi 'alat penilaian' sesuatu produk itu dihasilkan oleh 'orang muslim atau tidak'. Pendekatan yang salah ini akan menyebabkan orang bukan Melayu akan menjauhi produk muslim ini selain orang Melayu sendiri yang melihat produk 'bukan Melayu Muslim' lebih gah di pasaran. Janganlah jadikan perniagaan sebagai satu faktor 'pemisah' antara orang Melayu dan bukan Melayu, Islam dan Bukan Islam. Jadikanlah produk dihasilkan oleh orang2 Islam ini merentasi sempadan bangsa, geografi dan khalayak. Mungkin dapat sedikit ambil iktibar daripada kegigihan peniaga Darul Arqam (kini Global Ikhwan) yang mana produk mereka 'merentasi benua'.

Kalau ada ciri2 diatas, singkirkanlah jauh2 untuk memperkasakan produk bagi menjadi produk yang berdaya saing di dunia global yang luas ini. Selamat berjuang!

Montaj Dinar Emas Kelantan

Borang Perhubungan

Sila isi borang inI untuk sebarang perkhidmatan pihak First Generation Outlet Sdn. Bhd.

Your Name
Your Email Address
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF PHP Form