Suatu Ketika Dahulu
"Alhamdulillah. Mujurlah ada kedai yang menjual produk halal buatan 100% muslim ni di sini. Jarang nak dapat ni," kata seorang pakcik tua semasa kami berbual di kaunter KOHALAL Medan Gopeng, Perak. Aku dan temanku, pekerja kedai itu tersenyum.
"Alhamdulillah. Ya, pakcik. Kita sampai peringkat wajib dah mengutamakan produk-produk muslim ini sementelah inilah salah satu kaedah yang paling berkesan bagi membantu memantapkan ekonomi umat Islam di Malaysia kita ni," tambahku.
Temanku lantas menambah, "InsyaAllah pakcik, kalau begitu lain kali datanglah lagi ye,". Katanya tersengih-sengih.
"InsyaAllah," balas pakcik tadi tersenyum. Di sebelahnya mungkin isterinya dan dibawa juga anaknya yang dipanggil "Boy" itu.
Ya. Aku rasa sudah terlalu lama aku menyuarakan perkara ini kepada khalayak media baru (blog, facebook), namun aku rasa tidaklah banyak perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita kecuali terdapat tanda-tanda kemerosotan pencapaian korporat dalam kalangan industri produk muslim ini.
"Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya". (H.R. Muslim)
04 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Montaj Dinar Emas Kelantan
Borang Perhubungan
Powered byEMF PHP Form