15 July 2012

Kaedah Memperkasakan Produk Syarikat Muslim

Berikut merupakan cadangan saya untuk meningkatkan lagi produk muslim di Malaysia:

1.Berpijak pada realiti, bukan fantasi! Gunakanlah faktor 'produk berkualiti, servis yang baik, produk yang diperlukan masyarakat' untuk menarik pelanggan dan bukanlah semata-mata sentimen 'produk lain tak syarie, produk kami untuk membantu ummah'. Masyarakat sekarang kalau datang solat Jumaat di masjid pun syukur alhamdulillah, ini kan pula bercakap tentang kepentingan ekonomi ummah!

2) Kurangkan persaingan produk! Kaedah ini bukanlah dengan cara mengurangkan lagi syarikat milik orang muslim, tetapi mantapkan lagi kaedah pengiklanan dan promosi syarikat, menambahkan mutu produk dan saling bekerjasama antara penggerak-penggerak produk. Sebagai contoh: produk Radix Cola HPA dahulu pernah mengalami masalah packing (harga runcit botol dinaikkan pembekal), jadi terpaksalah HPA 'membuat sendiri' botol tersebut (sumber : HPA Ipoh). Alangkah comel kita tiru kaedah perniagaan cina iaitu 'taawun' (tolong-menolong) dalam membekalkan botol, servis dan sebagainya.

3) Baiki 'anjakan paradigma' produk! Sungguh 'kasihan' melihat produk muslim hanya dilihat pada 'kismis, madu lebah, kayu koka, selipar nabi dan habbatus sauda'. Usahlah melihat peluang 'berdakwah melalui perniagaan' melalui produk seumpama itu. Saya memuji usaha HPA mewujudkan rangkaian restoran makan segera Radix Fried Chicken selain ramai lagi syarikat makanan milik peniaga muslim yang benar dalam memberikan perkhidmatan yang sangat berkualiti dan terbaik kepada pelanggan mereka. Janganlah jadikan produk buatan orang Islam ini faktor penjumudan pemikiran masyarakat 'itu produk muslim, ini bukan produk muslim'.

4) Kikislah ruang sempadan kaum produk muslim! Sangat menduka citakan 'bangsa' menjadi 'alat penilaian' sesuatu produk itu dihasilkan oleh 'orang muslim atau tidak'. Pendekatan yang salah ini akan menyebabkan orang bukan Melayu akan menjauhi produk muslim ini selain orang Melayu sendiri yang melihat produk 'bukan Melayu Muslim' lebih gah di pasaran. Janganlah jadikan perniagaan sebagai satu faktor 'pemisah' antara orang Melayu dan bukan Melayu, Islam dan Bukan Islam. Jadikanlah produk dihasilkan oleh orang2 Islam ini merentasi sempadan bangsa, geografi dan khalayak. Mungkin dapat sedikit ambil iktibar daripada kegigihan peniaga Darul Arqam (kini Global Ikhwan) yang mana produk mereka 'merentasi benua'.

Kalau ada ciri2 diatas, singkirkanlah jauh2 untuk memperkasakan produk bagi menjadi produk yang berdaya saing di dunia global yang luas ini. Selamat berjuang!

04 September 2011

Produk Muslim : Semakin Hilang Serinya?

Suatu Ketika Dahulu


"Alhamdulillah. Mujurlah ada kedai yang menjual produk halal buatan 100% muslim ni di sini. Jarang nak dapat ni," kata seorang pakcik tua semasa kami berbual di kaunter KOHALAL Medan Gopeng, Perak. Aku dan temanku, pekerja kedai itu tersenyum.


"Alhamdulillah. Ya, pakcik. Kita sampai peringkat wajib dah mengutamakan produk-produk muslim ini sementelah inilah salah satu kaedah yang paling berkesan bagi membantu memantapkan ekonomi umat Islam di Malaysia kita ni," tambahku.


Temanku lantas menambah, "InsyaAllah pakcik, kalau begitu lain kali datanglah lagi ye,". Katanya tersengih-sengih.


"InsyaAllah," balas pakcik tadi tersenyum. Di sebelahnya mungkin isterinya dan dibawa juga anaknya yang dipanggil "Boy" itu.


Ya. Aku rasa sudah terlalu lama aku menyuarakan perkara ini kepada khalayak media baru (blog, facebook), namun aku rasa tidaklah banyak perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita kecuali terdapat tanda-tanda kemerosotan pencapaian korporat dalam kalangan industri produk muslim ini.



15 October 2010

Perjumpaan Mingguan HPA Komuniti Ipoh

Perjumpaan Mingguan HPA Komuniti
Tempat : Pejabat HPA Cawangan Ipoh, Greentown, Ipoh
Hari      : Hari Jumaat setiap minggu
Masa    : 9.00 - 11.00 pagi
Pengisian :
  • Penerangan produk muslim, halal lagi baik
  • Penerangan produk syarikat
  • Kaedah perawatan dengan menggunakan perubatan tradisional (akupuntur, refleksologi, bekam)
  • Kata-kata rangsangan kepada semua ahli
  • Tips-tips untuk berjaya dalam HPA
Sebarang maklumat lanjut sila kunjungi http://hpakpi.blogspot.com//  atau hubungi Saudara Zhafran (019-4173958)

Perjumpaan mingguan ahli HPA Perak diadakan di Greentown, Ipoh. Terdapat pmbentangan produk daripada upline yang berpengaruh.


31 August 2010

Hampir RM 1 Juta Dinar Emas Kelantan Dijual

KOTA BAHARU, 1 Dis (Bernama) -- Emas Dinar Kelantan yang dilancarkan sejak 20 Sept lepas sehingga kini telah mencatatkan penjualan hampir RM1 juta, yang menurut kerajaan negeri merupakan satu keadaan yang sangat memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata dengan jualan sebanyak itu, sekali gus menolak tanggapan serong terhadap dinar yang diperkenalkan itu.

"Kita berasa gembira kerana sudah menjual lebih sembilan kilogram emas yang bernilai lebih RM900,000, dan ini satu perkembangan yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas majlis akad nikah pasangan pengantin yang menggunakan emas dinar itu sebagai mas kahwin, di Kampung Belukar, Pendek di sini, hari ini.



Produk Muslim : Kapsyen Menarik

Selamat Beribadah pada bulan Ramadhan al-Mubarak!


Kami, warga pengurusan First Generation Outlet ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak, bulan ibadah dan bulan tarbiyah bagi umat Islam". Semoga kita berjaya merebut segala ganjaran yang ditawarkan pada bulan ini. Selamat beribadat :)

21 March 2010

Kenali IMP (Islamic Manifacturing Practice)

Komuniti IMP [Islamic Manufacturing Practice] iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam
yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengadungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani.  

Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiban].

Montaj Dinar Emas Kelantan

Borang Perhubungan

Sila isi borang inI untuk sebarang perkhidmatan pihak First Generation Outlet Sdn. Bhd.

Your Name
Your Email Address
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF PHP Form